Powered By Blogger

~Salam Ukhuwah~

Rabu, 21 April 2010






ASSALAMUA’LAIKUM W.B.T.H

apa kabo semua??? hrp2 chat...kalo tak sihat pergi la jumpa doctor ya. mintak ijin nak bagi tazkirh...foward msg pun...Allah kata: berilah peringatan..sesungguhnya peringtan itu bermanfaat bg org yg beriman...make sure...anggaplah ni bru pertama kali baca...please...
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. harap2 antum suma dpt amal...kalo ada tetamu...layanlah dia bgai seorang yg sgt istimewa..peace

ballighu a'nni walau ayah...samapaikan daripadaku walau sepotong ayat : foward msg...walaupun kamu sudah baca 100x sblm ni...anggaplah msg kali ini baru pertama kali kamu baca dan cubalah beramal dgnnya....LIMA PERKARA YANG ELOK DISEBUT-SEBUT 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1. Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk.
2. Perbanyakkan menyebut Akhirat daripada menyebut urusan dunia.
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5. Jangan menyebut-nyebut dan menampakkan keburukan atau keaiban diri orang lain.

foward msg...baca dulu...baru nk padam, padam, kalo dah tau...anggaplah ini pertama kali dengar..
Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan Syarak. Kesimpulannya adalah seperti berikut :

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu bertujuan membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan